Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.
Skip to main content

Penjimatan ruang dipermudahkan — menggunakan pembersih Mac kami

Dapatkan semula ruang dan tingkatkan prestasi dengan Avast Cleanup Premium untuk Mac yang lebih bersih, lebih pantas dan berjalan dengan lebih lancar.
Jadikan Mac anda berprestasi seperti baru:
Nikmati ruang storan lebih besar dengan membersihkan sarap.
Nikmati prestasi Mac yang lebih pantas.
Bersihkan pelayar anda untuk lebih privasi.
Lihat semua ciri
Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Mac semakin kehabisan ruang? Buang sampah digital

Apabila ruang pemacu semakin berkurangan, jangan hapuskan fail anda yang berharga. Avast Cleanup Premium untuk Mac mengimbas cakera keras anda untuk mengesan fail sarap yang tersembunyi, mencari pendua yang tidak pernah anda ketahui dan memastikan Mac anda berjalan dengan lancar.
Penyahpasang aplikasi
Pembersih Cakera
Pembersih Foto
Pencari pendua
Pembersih Pelayar
Buang aplikasi Mac yang membazir. Tanpa kesan.
Penyahpasang kami mengesan dan membantu anda membuang aplikasi yang telah lama tidak digunakan dan mengambil ruang dalam cakera anda. Saki-baki data Mac anda juga akan dibersihkan.
Mengalih keluar data apl yang membazir
Penghapusan menyeluruh
Penyahpasang Aplikasi kami membersihkan saki-baki data termasuk tetapan aplikasi, fail sementara dan maklumat daripada ciri “Sambung Semula” Mac anda dan fail bekas aplikasi.
Besar & lama
Aplikasi yang tidak digunakan boleh menyebabkan kitaran pemproses yang membazir, menghabiskan memori dan memenuhkan cakera keras anda. Penyahpasang Aplikasi mengimbas MacBook atau iMac anda untuk mengesan aplikasi dan program yang menggunakan banyak ruang – dan membantu anda menghapuskannya dengan selamat tanpa meninggalkan saki-baki.
Ribuan fail sarap. Dihapuskan dengan satu klik
MacOS dan aplikasi anda membuat ribuan fail sementara dan data cache yang diperlukan untuk berfungsi — dan kemudian mungkin terlupa untuk menghapuskannya. Di sinilah Avast Cleanup Premium untuk Mac menjalankan tugasnya. Kami melakukan imbasan mendalam pada Mac anda dan menghapuskan fail yang tidak diperlukan lagi.
Perkara yang kami bersihkan:
Laporan ranap dan fail sarap
MacOS dan aplikasi pihak ketiga mencipta fail sementara yang tidak begitu penting secara automatik tetapi membazirkan banyak ruang cakera berharga. Fail ini termasuk saki-baki data daripada aplikasi yang mungkin telah dinyahpasang lama dahulu atau program seperti Xcode atau Safari.
Cache pelayar
Pelayar Safari®, Chrome® dan Firefox® menyimpan fail sementara dan kuki yang tidak kritikal dalam folder cache. Memadamkan cache ini bukan sahaja dapat mengosongkan ruang pemacu tetapi dapat membantu melindungi privasi anda.
Fail besar
Mungkin terdapat beberapa sahaja tetapi saiznya besar. Kami akan membantu anda mencarinya.
Sampah
Membuang fail tidak menghapuskannya. Hapuskan fail yang telah dilupakan dalam tong kitar semula macOS anda.
Muat Turun
Masih ingat satu foto anda di sekolah menengah dengan potongan rambut yang buruk yang anda muat turun daripada Facebook orang lain 4 tahun lalu? Ya, foto itu masih ada...
Sarap Pemacu Luaran
Fail sistem yang ditambahkan oleh macOS pada fail luaran yang diformatkan untuk sistem pengendalian lain. Fail-fail ini boleh dihapuskan dengan selamat untuk mengosongkan ruang.
Bersihkan pustaka foto anda
Imbas seluruh galeri foto anda untuk mencari dan membersihkan:
Foto serupa
Kami mencari semua foto yang kelihatan (atau hampir) serupa, memilih foto yang kami rasa paling baik dan memudahkan pemadaman foto lain.
Foto teruk
Kami membantu anda mencari foto kurang dedah atau terlebih dedah dan kabur dalam galeri anda supaya anda boleh memadamnya dengan lebih pantas berbanding mencarinya secara manual.
Anda yang menentukan bahan yang hendak disimpan dan yang hendak dihapuskan.
Perangi klon dan menang setiap kali
Bekerja dengan dokumen, foto, video atau muat turun yang banyak? Maka, anda mesti sudah tahu semuanya tentang fail pendua yang sukar dicari yang berserak di seluruh cakera anda. Jadikan Mac anda teratur: cari fail pendua anda dan hapuskan fail yang tidak diperlukan.
Tech corner

Perkara ini berlaku kepada ramai daripada kita: Anda memuat turun fail dua kali, anda terlupa tentang salinan foto yang anda sunting, anda menyandarkan projek video yang besar... Pendua wujud dalam Mac anda setiap hari dan tanpa anda sedari, anda telah membazirkan terlalu banyak ruang cakera kerana klon yang anda tidak perlukan lagi.


Pencari Pendua kami mengimbas pemacu anda secara mendalam untuk mencari pendua dokumen, gambar, lagu, video, folder dan fail lain. Gunakan saiz fail, tarikh dan pratonton kami untuk menentukan klon yang anda perlukan — dan klon yang boleh dihapuskan selama-lamanya.

Pembersihan Pelayar
Pelayar anda boleh merekodkan butiran aktiviti dalam talian dan data peribadi anda yang ditemui dalam kuki, sejarah pelayaran. log masuk atau cache. Tetapkan pembersihan automatik sejarah pelayaran Mac anda untuk dijalankan sekerap yang anda pilih dan ingat — semakin banyak anda membersihkan pelayar anda, semakin peribadi data anda.

Anda berpendapat Mac bebas serakan? Fikirkan semula

Kajian kami menunjukkan bahawa purata pengguna mempunyai:
7 GB
foto teruk
8 GB
data sarap
3 GB
fail pendua
Tingkatkan PC dan peranti Android anda
Avast Cleanup untuk PC
Dapatkan produk serba boleh kami untuk membantu mengekalkan, mempercepatkan, membersihkan dan menyelesaikan masalah komputer riba atau desktop PC Windows anda, menampilkan teknologi paten untuk menjadikan PC anda berfungsi seperti baharu lagi.
Avast Cleanup untuk Android
Mengesan saki-baki data, aplikasi yang menyusutkan bateri yang tersembunyi dan membantu anda mengatur telefon anda. Ia juga mengesan foto yang kabur dan buruk untuk anda hapuskan! Dapatkan lebih kelajuan, ruangan dan penyusunan dalam beberapa klik.
Cleanup Premium untuk Mac
Bersihkan Mac anda dengan menyeluruh. Setiap hari
Jadikan Mac anda berprestasi seperti baru:
Nikmati ruang storan lebih besar dengan membersihkan sarap.
Nikmati prestasi Mac yang lebih pantas.
Bersihkan pelayar anda untuk lebih privasi.
Lihat semua ciri
Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Anda mungkin masih tertanya-tanya...

Surat berita
Tutup
Hampir selesai!
Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.
Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.
Tutup